jgn malu2 click yer..my nuffnang

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Sunday, August 29, 2010

menu puasa...baru nk updated (buah melaka, nasi ulam n sayur keladi)

hanya tinggal beberapa hari jer lagi kan kiter semua nk smbut raya, sepanjang puasa ni rsnyer xsempat langsung nk updated padahal masak-memasak tugas utama..ntah la kenapa... tp xbermakna dunia blogging di lupakan...
meh ler kiter sajikan dulu menu2 berbuka kiter

slalunyer klau hr cuti jer dapat masak mcm2... kuih buah melaka aka onde2, menu wajib setiap kali puasa...ni xder gula gerek..so pakai jer gula kabung yg ketul beasor2..buleh la..janji manis..tp ijao nyer xmenarik ler..wat ni gak sbb nk balas bekas jiran..

tekak tinggin nk makan nasi ulam ala utara ni.. tp nk tunggu mak wat kena balik kg..tu pun xkan nk susahkan mak..lgpun mak tengah xsihat tu..so bila dah merantau ni buat sendiri ler..ini pestime wat ni..abis call akak kat SP tnya nk wat cm ner...daun kayu pun pkai jer mana yg ader kat pasar 13 tu, ader cekur, pucuk gajus.. daun samak..ikan masin plak guna ikan gelama masam jer..klau dpat talng huhhh bestnyer..memng abis ler satu bekas ni..

klau nasi ulam kena gandingkan ngn sayur keladi... hmmm sedap hingga menjilat jari...hihihi..
hr ni hmmmm xtau lagi menu apa?.. nk kena pk2 kan dah ni..balik kejer karang terus jer buat...





Saturday, August 7, 2010

nasi ayam hainan

mesti semua dah mkn kan... tinggal berapa hr jer lg nk puasa..resepi ni pun dah kiv lama lam list..hr cuti n kebertulan xder kenderaan nk rambu ramba kat luar..sbb WSU antar gi bengkel..jdnyer OTW nk lik dr bengkel td singgah beli bahan nk wat nasi ayam hainan from ros ni... nengok kat dapurnyer mak aiii memng menyelerakan..n bila dah cuma memg btul sedAP SGT...
bau semerbak jer...


gandingkan ngn sup tp salad terlupa lak nk beli... hmmm lagi skli minta izin C&P resepi yer ros...utk gmbr n resepi sebenar click sini yer...

nasi ayam hainan
sumber : copy bulat2 dr umah ROS jintan manis...


Bahan-bahanya
Bahan A
1 ekor ayam ( ros guna yang se ekor 1kg tu)
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ( agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan


Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)

Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup

hidangan sampingan
salad
timun
tomato


Caranya ( untuk ayam)
1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.

2. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3. Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam
dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni. Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun. Selamat Mencuba.


mcm kata ros memng senang jer nk wat..w/pun step byk..