jgn malu2 click yer..my nuffnang

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Wednesday, September 2, 2009

ikan bakar portugis..

dah lama tak tayang gmbar mkn kan...
hah!! dgn ini di persembahkan.. ikan bakar portugis...





dah lama tinggin ni.. dr sebelum posa lagi.. tp baru berkesempatan wat.. hah sekli wat smpai 3 ekor.. dua mkn waktu berbuka , sekor lagi mkn waktu sahur.. just panas kan jer..
resepi dr dapur kak nor... memng mabeles... sedappp sgt.. en suami pun sgt2 puas ati katanyer... pas ni dia suh wat versi letak sotong plak... klau gitu kena letak nama sotong bakar portugis ler plak kan...

thanks kak nor.. n semua sifu2 yg cipta resepi yg sedappp ni.. minta izin c&p yer.. utk rujukan nanti2...

Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung(sy guna 3 jer)

3 helai daun limau purut - dihiris halus

3 sudu besar sos cili thai

3 sudu besar minyak

garam dan gula secukup rasa

daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2 biji buah keras

1 batang serai

2cm lengkuas

1cm kunyit

2 biji cili merah - dibuang biji

2-3 biji cili padi

3 sudu besar pes cili (cili kisar)

1cm belacan - dibakar dahulu

jus dari 1 biji limau nipis
l

~~umur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
~~panaskan minyak
~~tumis bahan2 kisar sehingga wangi
~~masukkan sos cili thai dan kacau rata
~~bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
~~letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
~~sudukan sedikit kuah
~~letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
~~taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
~~bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
~~boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper


source: puan norzailina nordin



(gambar sebelum)

tp sori sy edit sket, sy tambah bunga kantan n daun kesum utk bg wangi..

2 comments:

maia hanis said...

salam...nampak sgt cam sedap..nak cuba wat..thanx a lot 4 da recipe..

zai@umiaiman said...

zai to maia hanis~~ try ler.. memang sedapp..