jgn malu2 click yer..my nuffnang

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Thursday, July 8, 2010

Bun Manis



percubaan pertama... utk majlis perasmian..gajet baru.... biarla...xder jenama pun...tp kiter berbangga dgn hasil titik peluh...puas hati dpt beli ni... pas ni nk cuba mcm2 resepi roti yg lam list ni....



percubaan pertama... resepi enak dr umah ros...hmmm klau nk wat roti pasti kena berkunjung kesana...
c&P bulat dr umah ros...tengkiu ros....
BUN MANIS
Bahan-bahanya

150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( klu x der susu segar leh ganti dengan air suam)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver ( mesia mari)

Caranya.
1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya.Selamat Mencuba.

klau nk nengok yg sgt2 cun
jum clik sini...


yg ini sgt la buruk rupanyer... tp sedap... pestaim cuba wat guna hot dog...mlm ni cm nk cuba lagi la...



1 comment:

azra said...

waaa...xleh jd ni..zai dh ade BM,nk kene ade gak ni..hehehehe..tahniahlh zai..puaslh aiman mkn roti uminye nnt...